
Oleh : Ramli Abdul Samad
Pengkaji astronomi yakin bahawa alam semesta atau cakerawala terbentuk sekitar 13.7 bilion tahun yang lalu. Bermula dari satu titik sebesar sebiji zarah neutron dan melalui satu letupan besar yang digelar Big Bang maka terbinalah sebuah alam semesta yang amat luas seperti yang kita ketahui kini.
Semasa letupan Big Bang salah satu aktiviti atau proses letupan itu ialah wujudnya gelombang cahaya yang terus berkembang. Semakin lama sehingga lebih dari 300,000 tahun gelombang cahaya itu bertukar menjadi gelombang radio.
Gelombang cahaya itu dikenali sebagai radiasi latar belakang kosmik atau CMB (Cosmic Background Radiation) atau dalam bahasa yang mudah ia merupakan saki-baki gema daripada Big Bang.
Radiasi itu terbentuk saat cakerawala mula mendingin. Saat terjadi Big Bang radiasi dan bahan lain daripada cakerawala adalah bersatu. Ketika itu suhu alam semesta amat panas.
Manusia mengkaji alam semesta berdasarkan kaitan peninggalan gelombang cahaya ini dengan kejadian Big Bang.
Pada tahun 1965 dua orang saintis, Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui bahan CMB ini. Mereka mendapat Hadiah Nobel bagi penemuan mereka dalam bidang fizik bagi tahun 1978.
Namun penemuan CMB itu harus dibuktikan.
Maka satu pemantauan harus dijalankan. Dua orang saintis Amerika Syarikat (AS) John C. Mather dan George F. Smoot telah melakukan pemantaun akan CMB ini melalui sebuah satelit bernama COBE (Cosmic Background Explorer), ciptaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).
Mather (60) ialah seorang astrofizik kanan di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Maryland milik NASA sementara Smoot (61) ialah seorang Profesor Fizik di Lawrence Berkeley National Laboratory, University of California. COBE dilancarkan ke langit pada tahun 1989.
Satelit COBE diguna untuk mencatat suhu CMB.
Didapati suhu CMB adala sekitar 2.725 Celsius sedikit tinggi daripada titik suhu mutlak iaitu -273 derajat Celsius. Mather mendapati bahawa profil suhu CMB mengikut satu arah aliran tenaga yang disebut sebagai lengkungan benda hitam dan hakikat itu digunakan untuk meramal teori Big Bang.
Smoot pula mendapati adanya fenomena naik turun pada suhu CMB. Penyimpangan atau naik turun CMB adalah kerana terbentuknya bibit-bibit galaksi yang juga merupakan struktur awal cakerawala. Galaksi terbentuk daripada gumpalan gas yang amat panas.
Penyimpangan suhu CMB diguna untuk menganalisis gejala jisim hitam dan tenaga hitam, dua komponen terbesar yang mengisi cakerawala.
Profil CMB dapat digunakan bagi menjelas proses Big Bang dan pemahaman akan alam semesta. Alam semesta bukannya suatu susunan bahan atau tenaga yang merata sebaliknya ia adalah terdiri daripada bahan-bahan yang bergumpal-gumpal.
Kewujudan CMB membolehkan para ilmuwan memperhitungkan perkembangan alam semesta. Alam semesta kini dipercayai terus berkembang dan melebar pada kadar yang cepat.
Mather dan Smoot ialah pemimpin bagi lebih daripada 1,000 saintis, jurutera dan juruteknik yang membina CBM sehingga satelit itu dilancarkan pada tahun 1989. Smoot dan Mather telah dipilih untuk meraih Hadiah Nobel bernilai 10 juta kronor Sweden atau RM5 juta.
Dalam ucapan penghargaan Akademi Sains Diraja Sweden kepada kedua-dua saintis itu menyatakan bahawa “Hasil kajian COBE meningkatkan dukungan penjelasan saintifik terhadap senario Big Bang yang memerihalkan asal usul cakerawala. Senario itu saja yang meramalkan radiasi latar belakang kosmik. COBE telah mengukur gelombang radiasi itu.”
Seorang ilmuwan astronomi, Michael Turner, dari University Chicago, mengatakan bahawa pengukuran-pengukuran yang dibuat oleh COBE akan mengiringi dunia kosmologi ke era ketetapan kosmologi. Pemberian Hadiah Nobel kepada Mather dam Smoot dalam bidang fizik/astronomi merupakan yang pertama dan banyak lagi akan digondol kerana penemuan-penemuan baru dalam bidang kosmologi.
Penulis merupakan seorang pesara & bekas Pustakawan Kanan di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysian. Sekarang beliau aktif dengan sebuah organisasi NGO di Pulau Pinang.
Nota Editor:// Rencana ini pernah tersiar di Utusan Malaysia bertarikh7/10/2006 dengan tajuk Pengkaji Asal Usul Alam Semesta Raih Hadiah Nobel. MajalahSains.Com mengambil inisiatif menerbitkan semula rencana ini dengan tajuk yang sedikit berbeza mengikut persetujuan penulis iaitu Encik Ramli Abdul Samad
5 Responses to “Kewujudan Alam Semesta Menurut Saintis Barat”
not to disagree or anything, but the expression ‘menurut saintis barat’ tu agak racist bg sye…
in scientific community, we don’t label people as east, west, asian, or whatever…
i prefer the title “Kewujudan Alam Semesta Menurut Sains Moden”.. that would’ve been a better title, for me.. because evrybody who learns modern science agree with the article..
cheers.
Ya, saudara bebas untuk berpendapat!
Namun begitu, sains moden yang ‘gah’ pada masa kini hakikatnya dibangunkan oleh barat dan menenggelamkan sumbangan tamadun islam ratusan tahun dahulu.
Debat sains timur dan barat ini telah berlangsung agak begitu lama dan panjang pula teori dan hujahnya. Saya mengesyorkan anda membaca beberapa buah buku karangan Fritjof Chapra (The Tao of Physic), Peter Medawar ( an advice to young scientist), Syed Hossein Nasr (Young muslim guide to the modern world), John Freely (Aladdin’s Lamp) atau boleh juga melihat karangan2 Profesor Shaharir M.Zain di laman web ASASI (www.kesturi.net)
Thanks for the quick reply.
I appreciate your argument on the fact that modern science was (and is) developed mainly from the west (and I hate to say this). But maybe the editors team have forgotten that there are a number of discoverer in various fields in science (including physics, cosmology, and biotechnology), who are not only Muslims, but also from the east. For example, papers from Japan and China dominate biotechnological papers, and none of their peers from the western part of the world say “Eastern Development of Biotechnology”. Modern science is in fact developed from around the world but people in Europe or the US got the name since they are better in publishing, they’ve got the money to get public’s attention. However, referring specifically to the development of science, nothing differentiates the west to the east.
My point is, I’m not that comfortable with the title, and I believe that there are a number of readers out there who feel the same way as I am. And I personally think that this regional basis of scientific researches should no longer be out there since nowadays. Scientific arguments differ in ideologies and theoretical basis, not regional part of the world, I think.
Cheers.
salam, tak sangka ada blog khas untuk sains dalam bahasa melayu.
terima kasih atas artikel di atas. saya dah bookmark dalam website saya di
http://www.amin007.org/melayu/?link=pautan&pilih=1
Salam amin007,
Selamat berkunjung..sebarkan kepada rakan-rakan juga dan saudara Amin dijemput juga menyumbang artikel ke MajalahSains.Com
Selamat berkenalan
Leave a Reply: