Kenali Kami

June 16th 2009 | Posted by admin

Melihat kepada pentingnya suatu pendedahan dan pengenalan tentang isu-isu sains dan teknologi kepada masyarakat, MajalahSains.Com diwujudkan sebagai wadah yang menghubungkan antara orang awam, ilmuan,  ahli akademik, pihak  kerajaan, mahasiswa, pelajar dan juga pihak industri. Sains dan teknologi juga memerlukan satu medium khusus untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan untuk dicerna oleh masyarakat awam yang selama ini berpendapat bahawa ilmu sains hanyalah untuk golongan akademik dan mahasiswa sains.

Dengan kewujudan MajalahSains.Com, diharap jurang ini dapat dirapatkan dan sama-sama kita menikmati ilmu pengetahuan sains untuk dimanfaatkan untuk kemajuan negara dan membina minda saintifik dalam setiap lapangan kehidupan. Selain itu, MajalahSains.Com juga bertujuan untuk meningkatkan kandungan berbahasa Melayu terutamanya yang berkaitan dengan sains dan teknologi di dalam jagat  internet yang kelihatannya masih kurang berbanding bahasa-bahasa utama lain di dunia.

Sesiapa sahaja boleh menyumbang dan memberikan pandangan untuk MajalahSains.Com bagi meneruskan agenda memasyarakatkan budaya ilmu dan pemikiran saintifik. Sumbangan boleh sahaja dalam pelbagai bentuk seperti artikel, rencana, informasi, penemuan dan sebagainya yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Di samping itu, MajalahSains.Com tidak menutup peluang kepada pengkarya yang bukan ahli sains, kerana bidang ilmu dan saintifik cukup luas untuk diterokai. Kepada yang berminat, boleh sahaja menghantar bahan, biodata diri dan sekeping gambar untuk dimuatkan di MajalahSains.Com.

Sama-samalah kita bergabung dan menyumbang untuk MajalahSains.com!

Salam hormat!


Hubungi kami di :-

Faizal  &  Hasnizaki
editormajalahsains@gmail.com

Copyright © 2009-2010 MajalahSains.com