Salam hormat,
Kami mengucapkan selamat datang kepada pengunjung MajalahSains.com atas kesudian anda menjengah laman ini. MajalahSains.com merupakan satu wadah baru dan pertama kali muncul di alam siber untuk menyampaikan berita-berita dan penemuan terbaru dunia sains dan teknologi untuk disesuaikan dengan masyarakat di Malaysia.
Kami mengalu-alukan sumbangan rencana dan artikel serta idea-idea bermutu dari pengunjung untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah penyampaian berita, maklumat dan aktiviti terkini mengenai sains dan teknologi untuk sama-sama dimanfaatkan oleh masyarakat di luar. Semoga usaha murni kita dipermudahkan.
Sekian
Editorial
p/s: Kepada pengunjung MajalahSains.Com, kami menggalakkan anda menggunakan browser internet yang lain ‘SELAIN’ Internet Explorer (IE). Web ini tidak berfungsi dengan baik menggunakan IE.